Friday, April 11, 2014

BILA AKU HALAL UNTUKMU - 4 -


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Assalamualaikum.
 
maaf kerana lambat. this is the new chapter for you! have a read. do leave your comment. enjoy. start with Bismillah...
 
4

 LANGKAHNYA dipercepat cuba untuk menyaingi gadis yang sedang berlari-lari anak dihadapan. Dia bergegas turun ke lobi setelah mendapat berita tentang kemalangan yang menimpa Arif. Degupan jantungnya semakin kencang apabila ternampak wajah lelaki itu berkerut-kerut menahan sakit.

            “Astaghfirullahalazim. Macam mana boleh berdarah sampai macam ni, bang?” nada suaranya kedengaran cemas.

            “Sikit ajelah.”

            “Hmm.. Jangan menipulah. Kalau sikit, tak kan, lah sampai berkerut-kerut muka tu. Sakit sangat, kan?” provoknya. Arif menarik muka masam. Baru nak berlagak macho!

            Lelaki yang sedang membersihkan luka pada lengan abangnya itu segera mencelah. “I nampak dia tengah bercakap ditelefon sebelum kena ragut. Disebabkan nak kejar peragut tu, lah dia terjatuh sampai luka macam ni..” beritahunya yang masih sibuk merawat lengan Arif.

            Maisara hanya mampu menggelengkan kepala selepas mendengar cerita lelaki berbangsa India itu. Barangkali lelaki itu merupakan pelancong yang melancong sepertinya juga kerana penggunaan Bahasa Malaysia yang sangat lancar dan baik.

            “Abang dah cuba nak tangkap lelaki tu. Tapi benda dah jadi. Nak menyesal pun tak guna.”

            “Orang degil macam, ni lah. Sara dah pesan banyak kali. Jangan guna telefon kalau dekat tempat awam. Bahaya tahu, tak? Sekarang abang nak buat apa?”

            Bahunya diangkat. “Kira tak ada rezeki, lah. Handphone yang hilang tu boleh beli, yang penting sekarang abang selamat.” Jawabnya masih cuba untuk membela diri. Maisara tidak  mampu untuk berkata apa-apa lagi. Dia tahu perangai sebenar Arif. Kalau memang itu bukan salahnya, dia akan berusaha sedaya mungkin untuk menegakkan kebenaran.

            Dalam hati, Maisara tidak henti mengucap syukur, ‘Alhamdulillah.’

            Arif turut sama berdiri apabila lelaki bernama Rahjan itu siap berkemas. “Thank you so much, Sir. Kalau boleh, saya nak ajak you makan malam dengan kami berdua,” pelawa Arif.

            “Tak payah susahkan diri. Tugas saya dah selesai. Lepas ni awak kena pergi klinik untuk ambil ubat.”

            “Jom, lah. You dah tolong abang I, tadi kan?” celah Maisara. Tidak manis rasanya kalau tidak membalas budi orang. Itulah fikirnya.

            Rahjan menggeleng.”Tak boleh. Lepas ni saya kena hantar isteri pergi airport. Kalau lambat nanti, terlepas flight pula,” beritahunya jujur.  “Saya pergi dulu. Take care of your body, okay?” tangannya dihulur untuk bersalaman dengan Arif.

Maisara disebelah hanya menganggukkan kepala. Selepas Rahjan beredar, barulah mereka naik semula ke bilik meninggalkan ruang lobi yang mula sesak dengan kehadiran tetamu yang turut sama menginap di situ.

--------------
 
 
ABANG ni buat Sara risau aje, tahu tak? Masa nak keluar bilik tu bukannya reti nak bangunkan Sara. Sekurang-kurangnya bagitahu, lah nak pergi mana. Sara terkejut bila ada orang ketuk pintu bilik.. lepas tu bagitahu pasal abang. Bila dah jadi macam ni, siapa yang susah? Diri abang juga, kan?” marahnya masih tidak sudah.

            “Iyalah. Lepas ni tak buat dah.”

            “Promise?”

            “Iya...” Balas Arif lambat-lambat. Maisara tersenyum menang lantas tubuhnya dihempas ke atas tilam yang empuk. Siling putih yang berukiran itu ditenung lama. Kosong. Tiada apa yang menarik. Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Natalia.

            ‘Mana kau lebih sayang? Harith atau Arif?’ ugutan perempuan itu masih kekal diingatan. Kejadian buruk yang menimpa abangnya tadi sudah cukup merisaukan. Apatah lagi kalau Natalia bernekad melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap Arif. Mampukah dia untuk melindungi lelaki itu? Hanya kepada ALLAH dia meminta bantuan. Ya ALLAH, Ya Rahim.

            “Maisara! Menungkan apa ni? Abang panggil banyak kali, satu pun tak sahut.”

            Dia tersentak. Dadanya diurut beberapa kali sambil beristighfar panjang. “Sibuk aje nak tahu.” Soalan Arif langsung tidak dijawab. Dia bingkas bangun dan menuju ke almari. Mulai hari ini, dia perlu berhati-hati ketika berbicara dengan Arif. Bimbang jika terlepas cakap, hal ini akan membebankan lagi fikiran abangnya. Keadaan akan menjadi lebih tegang sekiranya Natalia bertindak agresif.

            “Can I ask you a favor?”

            “Hmm.. apa dia?” Tangannya masih lincah memilih baju. Sepasang pyjama berlengan pendek jenama Scarlet dibawa keluar.

            “I have an appointment at Saba Restaurant. Tapi abang tak boleh pergi. So I need your help. Abang tak dapat bagitahu dia sebab telefon dah kena ragut,”

            “Kenapa abang tak nak pergi? Luka sikit aje pun. Sara boleh temankan abang jumpa orang tu” sengaja Maisara menduga. Bukannya dia tidak mahu membantu, tapi hatinya begitu berat untuk meninggalkan Arif seorang diri.

            “Penatlah, Sara. Abang nak tidur.  Boleh tolong abang, tak? Sekali ni aje..”

            Maisara tidak terus memberi jawapan. Kepalanya ligat berfikir. Dari cara Arif memandangnya, dia tahu lelaki itu meletakkan harapan yang sangat tinggi pada dirinya. Maisara terpaksa bersetuju. “Pukul berapa?”

            Arif menghela nafas, lega. “You have 20 minutes left.”

            “Okeylah kalau macam tu,” Jam yang tergantung didinding ditenung untuk sesaat dua. “Sempat lagi ni kalau nak bersiap.” Pyjama itu disimpan semula ke dalam almari sebelum mencapai baju kurung berwarna biru pastel yang sudah bergosok. Bajunya dipadankan dengan sehelai bawal berukuran 50 inci. Wajahnya disolek nipis. Siap!
--------------------
 
BEBERAPA helai wang kertas diserahkan kepada pemandu teksi setelah tiba di destinasi. Maisara mengangkat kepala dan ternampak papan tanda besar tertulis ‘Saba Restaurant’. Dia cuba untuk mengingati semula kata-kata Arif.

‘Sampai aje dekat restoran tu nanti, Sara cari orang yang pakai jaket kulit warna putih dengan seluar jean hitam. Lagi satu, ingat ni. Dia tu kacukan melayu siam tau. Kulit dia putih kemerah-merahan sikit. Muka dia memang sweet, comel aje. Yang penting sejuk mata memandang.’

Setelah mengumpul keberanian, barulah dia masuk ke dalam restoran itu. Matanya meliar kesekeliling cuba untuk mencari insan yang telah digambarkan oleh Arif.

“Mana pula perempuan ni? Tak ada, pun.” Kakinya dihayun menuju kesebuah meja yang terletak di satu sudut. Sebaik sahaja punggungnya dilabuhkan diatas kerusi, seorang gadis Cina datang menghampiri.

“What would you like to have, miss? You may take a look at the menu first.” Maisara langsung tidak menyentuh senarai menu itu. Dia datang ke sini bukan untuk makan. “Thanks but no thanks. I’m full.”

Gadis berumur lingkungan awal 20-an itu hanya tersenyum. “Are you waiting for someone?” pertanyaan gadis itu menarik perhatiannya.

“Yes! Did you see her? She is wearing a white leather jacket and jean.” Laju tutur Maisara. Kerjanya akan jadi lebih senang jika perempuan itu ada di dalam restoran ini. Dia tidak perlu menunggu lama.

“I’m not sure. But, I will look for her. Give me a minute?” sejurus selepas itu dia pergi meninggalkan Maisara. Tak lama kemudian, gadis itu kembali bersama seorang lelaki.

“Excuse me, miss. He said that he was waiting for someone too. Like you said, that person wearing a white leather jacket, right?” belum sempat Maisara membuka mulut, lelaki itu terus mengiyakan kata-katanya. Kerusi dihadapan Maisara ditarik lembut. Memang tepat! Lelaki ini berpakaian seperti apa yang dia bayangkan.

Setelah gadis itu beredar, Maisara segera menundukkan wajah menekur lantai. ‘Ya ALLAH. Habis aku!’ bisiknya pada diri sendiri. ‘Kenapa, lah abang tak cakap yang dia ni lelaki? Lepas tu siap puji muka dia sweet, lah..comel, lah. Memanglah aku terbayang muka perempuan siam macam pelakon tu.’

“Assalamualaikum. Cik, awak okey tak?” tegur satu suara garau. Dia cuba mencuri pandang riak wajah perempuan yang tidak dikenalinya. Dahi Maisara berkerut-kerut seperti sedang menahan rasa sakit.

Salam itu dijawab perlahan. “I’m fine. Awak ada appointment dengan Arif, ke? Maksud saya Muhamad Arif Fadli?” tanya Maisara.
 

Lelaki itu mengangguk sambil memandang tepat padanya. “Yes. Saya Naim. Where is he? Awak ni pula siapa?”
 

“Baiklah Encik Naim. I’m sorry on behalf of him. Dia tak dapat datang sebab sakit lepas kena ragut petang tadi. Lengan dia luka teruk. Saya datang sebab nak bagitahu awak tentang tu,” Maisara cuba merendahkan pandangan apabila lelaki itu terus merenungnya tanpa kerdip. “Saya minta diri dulu,” Beg tangannya digalas semula lantas keluar dari restoran. Dadanya mula berombak. Tak selesa sungguh bila duduk berdua seperti tadi walaupun ada meja yang memisahkan.

Naim dibelakang mengekori tanpa dia sedar. “Where is he? I want to meet him,” laungnya apabila mereka berada diluar restoran.

Langkah Maisara terhenti. Lambat-lambat dia berpaling. “Buat masa sekarang ni, kita biar dia berehat dulu. Saya risaukan keadaan dia. Arif masih di hotel. Saya tak nak sesiapa pun ganggu dia. Saya harap awak faham.”

Sejurus selepas dia selesai bercakap, lelaki berjaket kulit itu segera menghampiri. Telefon pintarnya dihulurkan pada Maisara. “Give me your phone number. It will be easier for me to call him.”

Maisara berfikir sejenak sebelum menolak permintaan Naim. “Tak apalah. Biar saya ambil nombor awak. Kalau dia yang nak jumpa awak, I will give you a call.” sehelai kertas dan pen diserahkan pada Naim. Mana mungkin dia memberi nombornya pada orang asing walaupun lelaki ini adalah kenalan Arif.

Semasa Naim sedang menulis nombor telefonnya, Maisara mendapati bahawa kulit muka lelaki itu memang bersih. Seperti yang digambarkan oleh abangnya. Kulit putih yang kemerah-merahan. Selain memiliki wajah yang manis, bahasanya juga sopan dan nada suaranya lembut. ‘Nampak macam orang baik-baik. Bertuah abang, dapat kawan yang prihatin macam ni,’ telahnya.

“Terima kasih sebab memahami. Dah tak ada apa-apa lagi, kan?” kertas sudah bertukar tangan.

Naim menggeleng sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang kecil. “Saya tunggu panggilan daripada awak, tau. Don’t forget to call me.”

“In shaa ALLAH. I will let you know. Balik dulu, ya. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. Awak hati-hati. Dah malam ni. Send my regards to him.” Pesan Naim sebelum menunggang motosikalnya untuk pulang.
 
Maisara pula masih berdiri kaku di situ sambil memikirkan perkara yang bakal berlaku pada masa akan datang.

 
maaf kerana lambat update. ini bab 4. do leave your comment! :)

No comments:

Post a Comment