Monday, February 24, 2014

BILA AKU HALAL UNTUKMU - 3 -

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Assalamualaikum

3
"ASSALAMUALAIKUM and very good morning to ladies and gentlemen. This is Captain Idham speaking. We like to welcome you onboard Malaysia Airlines MH 0376 to GuangZhou. Flight duration is around 4 hours and we are expecting a fairly smooth flight today. Once again, we want to thank you for choosing to fly with us and we hope you enjoy your flight." ucapan yang bergema dipembesar suara itu menarik perhatian ramai penumpang.

Maisara membuang pandang ke luar tingkap apabila kapal terbang yang dinaiki mula menyusuri landasan meninggalkan bumi Malaysia. Arif disebelah masih leka membaca majalah yang baru dibeli di KLIA pagi tadi. 

"Kak Umee tahu tak yang abang ikut Sara pergi Cina, ni? Nanti dia ingat pengantin lelaki nak larikan diri pula," tanya Maisara tiba-tiba apabila teringatkan Umeera, bakal kakak iparnya.

"Ehh! Mestilah abang bagitahu. Lepas balik kerja, abang terus call dia. Kak Umee kirim salam kat Sara."

"Wa'alaika wa'alaihissalam.." balasnya lembut. 

"Oh ya! Baru abang teringat. Semalam abang perasan kereta Sara bercalar. Kenapa eh?" Maisara menelan liur. You are done, Sara! Macam mana pula Arif boleh perasan kesan calar itu?

"Calar? Kat bahagian mana?" soalan berjawab soalan dan kali ini taktiknya tidak menjadi.

"Stop denying, Sara. I should have thank Kak Umee because she told me everything. Kalau mengharapkan Sara buka mulut, memang sampai bila pun benda ni jadi rahsia. Kenapa Sara tak cerita kat abang?" 

"Cerita apa?" 

Arif menggelengkan kepala beberapa kali. Maisara.. Maisara.. Susah sangat agaknya nak beritahu hal sebenar. Entah apa yang ditakutkan pun, dia tidak tahu. 

Dia menoleh, memandang Maisara yang sedari tadi terdiam. "Kak Umee ada dekat mall tu masa Ilya serang Sara. Dia nampak Ilya ketuk kereta Sara guna handbag. Tapi Sara langsung tak melawan. Are you scared of her?"

"No! Of course not. I don't want to create a scene. Sebab tu Sara diamkan aje. Mungkin dengan cara tu dia boleh lepaskan rasa geram dia." jelas Maisara. 

"Alasan apa ni, Sara? Habis tu kalau dia cederakan Sara pun, Sara buat tak tahu juga ke? Masih nak berahsia dengan abang?" berkerut-kerut dahinya menahan marah. Jawapan Maisara itu memang tidak masuk akal. 

"Okay. Lepas ni kalau ada apa-apa yang jadi, I will let you know." kata-katanya itu dianggap sebagai janji oleh Arif. "Sebenarnya Sara dah penat nak bertikam lidah dengan dia."

"About what?"

Maisara menarik nafas dalam. "It's all about Harith," berat rasanya bibir untuk menyebut nama lelaki itu. 

"That guy. Khairul Harith?" Maisara sekadar mengangguk, mengiyakan.

"He was my past. Kalau boleh Sara tak nak ada hubungan langsung dengan dia. Tapi Ilya susah sangat nak percaya apa yang Sara cakap," nada suara Maisara makin perlahan. Arif tahu adiknya sedang bersedih. 

Dia terus memeluk bahu Maisara kejap. "Ini ujian untuk Sara. Don't worry. ALLAH tahu perkara yang sebenar. Sara sabar aje dulu sebab abang yakin adik abang ni mampu dan kuat untuk harungi semua dugaan ni. The happiness will come after. Sematkan benda ni dalam hati dan diri Sara. Demi ALLAH..kita tak kuat, tapi kerana ALLAH, kita harus kuat."

-------------

BARU sehari Maisara tidak ke pejabat, Taufiq sudah rasa tidak tentu arah. Harinya seperti tidak lengkap tanpa kehadiran gadis itu. Selepas pulang dari tempat kerja, dia terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk. Hanya dengan bersolat hatinya akan jadi lebih tenang.

Usai solat Maghrib, dia berteleku diatas sejadah sambil mulutnya terkumat-kamit berzikir kepada ALLAH dan RasulNYA. Selepas itu barulah dia mengangkat kedua belah tangan dan berdoa. Doa meminta jodoh. 

Walau siapa pun wanita yang ALLAH tetapkan untuknya, dia akan terima dengan berbesar hati. Dia akan cuba untuk menjadi imam terbaik yang boleh membimbing jemaahnya untuk sama-sama ke syurga ALLAH. Biarlah cinta mereka menjadi cinta yang kekal hingga jannah.

Selepas mengaminkan doa, Taufiq terus bangun dari tikar sejadah dan duduk dibirai katil. Fikirannya asyik teringatkan Maisara. Apa khabar gadis itu sekarang?

"Entah-entah dia bercinta dalam diam," Taufiq membuat andaian sendiri. Sepanjang perkenalannya dengan Maisara, tak pernah sekali pun dia nampak Maisara keluar dengan mana-mana lelaki. Pekerja-pekerja lelaki di pejabatnya juga tidak pernah mengajak Maisara makan bersama. 

'No way. She is single,' sampuk satu suara yang lahir dari hatinya sendiri.

"Maybe. But single doesn't mean available." 

Suara itu ketawa perlahan. 'Belum cuba..belum tahu, Taufiq. Go and get her."

"Kalau dia tolak?" tanyanya pada diri sendiri. 

'Think positive.' suara itu terus memberi semangat.

Taufiq berfikir sejenak sebelum kepalanya diangguk beberapa kali. "Betul juga tu. Mungkin aku kena berterus terang dengan dia. Masa tu barulah aku boleh tahu perasaan dia pada aku selama ni." lambat-lambat bibirnya menguntum senyum. Alhamdulillah. Mungkin ini masanya untuk dia berumah tangga.

-------------

"SOFITEL GUANGZHOU SUNRICH, please," Arif memberi arahan pada pemandu teksi berbangsa Cina itu. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun membuatkan Maisara keletihan.

Selepas mendaftar masuk di hotel bertaraf 4 bintang itu, mereka dibawa ke bilik yang telah dipilih oleh Arif. Superior Twin Room. Bilik yang dilengkapi dengan dua buah katil bujang, bilik air, televisyen dan wi-fi. Memang mewah. Jadi tidak hairanlah kalau kos untuk satu malam sahaja sudah mencecah RM 425.00.



"Kita orang dah sampai hotel ni ayah. Lepas mandi tadi, abang terus tidur. Penat sangat katanya," beritahu Maisara setelah mendapat panggilan telefon daripada Dr. Fadli. 

Dia diam. Setia mendengar kata-kata nasihat yang disampaikan oleh seorang ayah. 

"I will.. Nanti Sara kirim salam ayah dengan mak dekat abang. Waalaikumsalam," sejurus selepas talian diputuskan, Maisara segera panjat katil. Badannya direbahkan di atas tilam empuk itu. Tidak sampai lima minit matanya terpejam, tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

Lambat-lambat Maisara bangun. Tudung yang tergantung di atas kerusi diambil lalu disarungkan dikepala. Alangkah terkejutnya dia apabila daun pintu dikuak dari dalam.

"Harith? You buat apa kat sini?" 

Lelaki itu tersenyum memandangnya. Sejambak bunga dihulurkan kepada Maisara. Tapi hulurannya dibiar tak bersambut. "Ambillah. I tahu you suka bunga ni, kan? White carnation."



"No! I tak nak. Lebih baik you pergi dari sini Harith. I don't want to see you anymore. Just go!" 

"But I want to.." belum sempat dia menghabiskan kata-kata, Natalia datang menyerang dari tepi. Harith mengerang kesakitan apabila gunting yang ditusuk pada bahagian pinggang sebelah kirinya ditarik kasar oleh Natalia.

Maisara tergamam. Dia pantas menapak kebelakang menjauhi si mangsa dan pemangsa. "Ilya! Kau sedar tak apa yang kau buat ni?" 

Natalia mengangguk. "Yes. Aku baru tikam Harith. Kenapa? Kau takut?" wajah pucat Maisara dipandang tanpa perasaan. Dia membuka langkah kecil mendekati Maisara. "Heh Sara! Sebab aku sedar ni, lah aku datang jumpa kau. Kenapa lelaki tak guna tu bagi kau bunga? Apa motif dia?!"

"Aku tak tahu. Aku tak tahu!" jawab Maisara laju. "Stop it, Ilya!" air matanya sudah merembes keluar. Badannya menggigil apabila melihat tubuh sasa Harith terbaring kaku ditepi pintu. Ya ALLAH.. Kau lindunglah aku.

"Tak kan, lah dia boleh sampai sini kalau kau tak bagitahu dia. Betul tak?"

"This is the truth. Aku pun terkejut bila dia datang sini. Sudahlah, Ilya. This is nonsense."

Natalia hanya membalas dengan senyuman sinis. "Cukup, cukuplah nak menipu. Aku dah lama pendam rasa marah ni. Mungkin dengan cara ni aje aku dapat puaskan hati aku!"

Maisara sempat menahan tangan Natalia yang sedang memegang gunting. 

"Aargghhh!!" Maisara menjerit sekuat hati untuk meminta tolong. Malangnya tiada siapa di situ.

Mereka bergelut. Tapi ternyata Natalia lebih kuat. Dia menggunakan sehabis tenaga untuk menolak Maisara hingga gadis itu jatuh terlentang ke atas lantai.



Maisara tidak sempat menyelamatkan diri apabila gunting itu mendarat di lehernya. Darah yang memancut keluar sudah membasahi tudung dan baju. Maisara lemah dan terus rebah. Esakan dan tawa Natalia bercampur menjadi satu alunan yang menggerunkan.

----------------

"TOK! Tok! Tok!" Maisara tersedar dari tidur apabila daun pintu biliknya diketuk bertalu-talu. Dia bingkas bangun dari katil dan berjalan ke arah pintu. Sebaik sahaja tombol pintu disentuh, jantungnya terus berdegup kencang. Tiba-tiba dia teringatkan mimpi tadi.

Maisara segera menarik tangan dari tombol.  Dia berlari ke meja solek untuk membelek leher di hadapan cermin. Tiada luka, tiada darah. Rasa sakit itu juga turut hilang. 

'Ya ALLAH. Jadi benda tu hanya mainan tidur," dia mengucap syukur dalam hati. Mukanya diraup perlahan. Senyuman dibibir terus mati apabila bunyi itu kembali menampar gegendang telinganya. Maisara berundur setapak demi setapak. Semakin lama, bunyi ketukan itu semakin kuat dan kali ini tanpa henti! 


Thank you for reading this entry. I hope you enjoyed it. Do leave your comment, okay!