Saturday, April 19, 2014

BILA AKU HALAL UNTUKMU - 5 -

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Assalamualaikum. Chapter 5 is ready to serve. Selamat membaca.
5

SEJAK berlaku pertengkaran di pusat beli belah tempoh hari, dia tidak terserempak lagi dengan Maisara. Setiap petang dia akan menunggu Maisara di hadapan pejabatnya untuk berjumpa dengan musuh ‘baru’nya itu. Tapi usahanya hanya sia-sia kerana kelibat Maisara langsung tak kelihatan.

Demi memuaskan hati yang gusar, dia memandu terus ke satu tempat untuk bertemu dengan kenalannya. Terpampang nama klinik itu dihadapan muka. Segaris senyuman terukir sinis dihujung bibir.

“Saya memang tak buat appointment dengan doktor, tapi dia tahu yang saya akan datang sini. Awak boleh tanya dia dulu,” pembantu doktor itu segera masuk ke dalam sebelum kembali dan membenarkan Natalia berjumpa dengan doktor yang sedang bertugas. Tombol pintu dipulas tombol pintu dengan penuh keyakinan. “Assalamualaikum doktor.”

Lelaki tua itu menjawab salam yang diberi kemudian menjemput Natalia duduk. “Awak sakit apa, Ilya? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”

Natalia berdehem sambil meletakkan beg tangannya diatas meja. “Saya sihat. Alhamdulillah.”

Dr. Fadli yang mendengar sudah mengangguk. “Habis tu awak datang sini, nak apa? If there is nothing important, you may leave now. Don’t bring personal matter in my office, okay?”

Natalia ketawa buat-buat. “Pada saya benda ni sangat penting, tapi pada pak cik mungkin tak,” dia berhenti seketika sambil merenung tajam pada lelaki yang nampak tenang dihadapannya itu. “Saya nak jumpa dengan Sara.”

“Hah. Pergilah cari dia. Yang awak datang sini buat apa. She’s not here..” selamba jawab Dr.Fadli seraya tangannya menyusun perkakas perubatan dibahagian kiri meja. Wajah Natalia langsung tidak dipandang.

Desah nafas Natalia mula kedengaran. Dia tahu perempuan itu sedang menahan marah. Tapi dia peduli apa. Budak macam ni harus diberi pelajaran. Degil!

“Stop all your silly jokes, doctor! Please stop wasting my time. Just tell me where she is.”

“I can’t tell you.” Kali ini suara Dr. Fadli meninggi sedikit.

Natalia menarik nafas dalam. “Tolonglah pak cik. Dah tiga hari saya cuba cari dia, tapi tak dapat. Saya telefon dia tak jawab..Harith pun sama. Saya syak dia orang larikan diri sama-sama. Maybe dah kahwin pun sekarang.”

Dr. Fadli menggeleng kepala beberapa kali. Dia bangun dan membuka pintu untuk Natalia. Menyuruh perempuan itu keluar dari situ.
“That will never happen, Ilya. Atau awak dah lupa apa yang awak cakap pada dia empat tahun yang lalu? You asked her to called off the engagement. Awak rasa Harith akan terima Sara semula ke, lepas apa yang dia buat? Hah?” kata-kata yang keluar dari mulut Dr. Fadli benar-benar menyentap hati kering Natalia. Geram betul dia dengan sikap orang yang mementingkan diri.

Beg tangannya dicapai semula sambil berjalan mendekati lelaki berbaju kemeja dan kot putih itu. “Macam mana pak cik nak meyakinkan saya tentang ni? Sekarang ni kita semua tak tahu hubungan dia orang.” Natalia terus menguji Dr. Fadli.

“Saya tak jamin apa-apa. Semuanya takdir ALLAH. Kalau memang dia orang tak ada jodoh..belum tentu Harith akan jadi milik awak. Tapi buat masa sekarang ni, saya memang yakin Sara dan Harith tak ada hubungan. Jadi awak boleh balik. Jangan semakkan kepala saya dengan masalah peribadi awak, okey?” daun pintu ditolak kebelakang.

“Masalah saya akan jadi masalah anak pak cik juga. Pergi mana pun, dia tetap ada kaitan dengan saya dan Harith. Do you understand that?”

Dr. Fadli tidak menjawab. Bahunya diangkat.

Natalia terpaksa mengalah walaupun egonya tercabar. “Tapi pak cik jangan menyesal dengan apa yang saya akan buat nanti. Till we meet again. Bye..” langkahnya disusun keluar dari klinik berhawa dingin itu dengan hati yang panas lagi terbakar. Selepas ini perhatiannya akan ditumpukan lebih pada Harith. Bekas kekasihnya yang masih dia sayang.

 -----------------

PAKAIAN yang baru dihantar oleh pihak dobi di hotel itu digantung ke dalam almari. Hanya t-shirt dan seluar jean Arif diletakkan diatas katil. Usai solat Asar tadi, Arif menyuarakan keinginan perutnya yang sudah kelaparan. Selepas ini mereka akan bersiap-siap untuk makan buffet.

Minyak wangi DKNY di picit dua tiga kali di kanan dan kiri badan. Cukup sekadar ada bau. Arif yang lengkap berpakaian turut sama keluar membuntuti adiknya yang manis mengenakan maxi dress warna pastel.

Setiba di ruang lobi dan dalam perjalanan menuju ke bahagian buffet, tiba-tiba ada suara memanggil Arif. Mereka sama-sama menoleh ke kiri. Kelihatan Naim sedang tersenyum lebar padanya. Arif melambaikan tangan apabila ternampak Naim yang berada tidak jauh daripada mereka.

‘Dia lagi?! Sampai ke sini cari abang aku.’ Detik hati kecil Maisara.
Gembira hati Naim apabila niatnya untuk bertemu dengan Arif tercapai. “Alhamdulillah. Dapat juga aku jumpa dengan kau. Apa khabar?”

“Alhamdulillah. Lengan aku dah baik sikit. Tapi sakit tu ada lagi, lah.” beritahu Arif. Dia yakin Maisara sudah menceritakan segala-galanya pada Naim. Arif menjemput kawannya untuk makan bersama. Buffet hi-tea menjadi pilihan mereka.

“Ada hikmahNya bila kau bagitahu aku nama hotel ni.” Ujar Naim.

“Kenapa?” soal Arif sambil mengelap mulut yang terdapat sisa minuman.

Naim mengukir senyum. “Iyalah.. dapat juga aku datang lawat kau. Kalau tak, mesti kita tak dapat bersembang macam ni. Aku nak jumpa kau hari tu tak boleh…sebab orang suruh berehat kan.” Bahu Arif ditepuk lembut. Sesekali wajah Maisara dipandang sekilas. Terasa agaknya.

‘Eleh..perlilah tu. Macam kena batang hidung aje ni. Huh!’ egg tart didalam piring dicuit sedikit. Dia perasan Naim sedang tersenyum kearahnya. Tapi dia tidak pedulikan senyuman ‘sinis’ itu.

“Lama ke kau tunggu aku dekat restoran tu?”

“Tak adalah lama mana pun. Aku baru duduk dalam 10 minit, tiba-tiba ada budak cina ni bagitahu ada orang tunggu aku.” Pandangannya dilarikan pada Maisara yang sedari tadi hanya mendiamkan diri mendengar perbualan mereka.

Arif mengangguk faham. “Lagi sekali aku minta maaf sebab tak boleh datang hari tu. Nasib baik adik aku ni nak tolong. Kalau tak, mahunya kau termenung kat situ seorang diri.” Tawa dua lelaki itu terhambur juga. Hanya Maisara yang merasakan benda itu tidak kelakar.

Memanglah dia sudi membantu kerana disangkakan kawan Arif itu perempuan siam yang sweet dan comel! Rupa-rupanya ‘perempuan’ berbadan sasa. Kecut, lah juga usus perutnya bila Naim mengaku dia adalah kenalan Arif. Antara mahu dan tidak, dia kena berterus terang dan meminta maaf bagi pihak abangnya.

Makanan didalam pinggan sudah habis ditelan. Dia bangun dari kerusi untuk mengambil hidangan yang lain. “Sekejap tau. Sara nak pergi ambil makanan. Nak pesan apa-apa, tak?” Wajah Naim dan Arif dipandang silih berganti. Arif menggeleng, manakala Naim pula yang mengangguk.

“Egg tat yang macam awak makan tadi. Nampak sedap. Thank you!” sengaja dia kenakan Maisara. Itulah..mulut rajin sangat bertanya. Ambil kau! He..he..he.. “Kenapa awak pandang saya macam tu?” tanya dia pada Maisara apabila gadis itu memandangnya dengan dahi yang sedikit berkerut. “Oh! Lupa pula. Ni pinggannya,” belum sempat dia hulurkan pinggan, Maisara bersuara.

“It’s okay. Tat tu bukannya besar sangat pun. Kalau ada lebih, saya ambilkan banyak sikit untuk awak. Okey?” Seakan faham maksud Maisara, Naim pula yang menahan geram. Dia kenakan aku balik? Muka aku ni nampak macam orang yang kuat makan ke?

 Arif tidak mengerti apa-apa. Dia kembali menyudu sup ayam yang masih bersisa didalam mangkuk. Apa yang dia tahu, dia memang lapar! Suapan demi suapan ditelan masuk ke perut.

“Nah! Ada 3 biji aje saya tengok tadi. Cukup?” Sebiji piring berisi tat telur dihulur kepada Naim.

Piring itu disambut dengan tangan kanan. “Cukup. Lebih daripada cukup. Thanks ya.” Dengan lafaz bismillah, tat itu dihabiskan.

Arif disebelah sudah mengekek ketawa melihat riak wajah Naim yang berubah-ubah. Mukanya berona merah sama seperti Naim. Yang seorang tu sakan ketawa, yang seorang ni lagi nampak terseksa aje nak menelan tat telur itu.

Maisara tersenyum meleret apabila teringatkan jawapan Naim tadi. ‘Berkolesterol, lah badan awak tu nanti Naim..’ bisiknya apabila lelaki itu memaksa diri memakan ketiga-tiga biji tat yang baru diambilnya tadi.

-----------------

BADANNYA mula terasa sengal selepas memandu ke luar negeri. Majlis perjumpaan antara sanak-saudara yang diadakan di rumah adik sebelah pihak abahnya semalam berlangsung selama 2 hari satu malam saja. Sedikit sebanyak terisi juga masa cutinya dengan aktiviti yang berfaedah. 

Dalam kereta, Puan Nora tidak dapat menahan ngantuknya lantas tertidur di tempat duduk belakang. Kereta jenis SUV itu dipandu laju oleh Encik Murad. Sesekali matanya mengerling ke kiri. Taufiq hanya termenung membuang pandang menyusuri sawah padi yang terbentang luas di kiri dan kanan mereka.

“Kamu mengantuk juga ke Taufiq. Kalau mengantuk tidur aje. Biar abah pandu sampai KL.” Ujar Encik Murad tiba-tiba. Taufiq terus tersedar daripada lamunan. Dia membetul duduk.

“Tak adalah, abah. Saja khayal tengok pemandangan hijau macam ni. Tenang pula rasanya.”

Encik Murad tersenyum senang. “Tenang sangat sampai umi kamu pun tertidur kat belakang tu. Patutlah tadi masa nak balik beria-ia dia suruh kamu duduk depan. Selalunya tak nak berenggang pun dengan abah.” Cermin pandang belakang dipandang sekilas. Taufiq ketawa kecil. Faham benar dia dengan kenyataan abahnya itu.

“Penat sangat agaknya. Dari malam semalam umi rancak bersembang dengan mak ngah. Mahunya tak mengantuk.” Encik Murad mengangguk laju.

“Emm Taufiq. Pagi tadi mak ngah ada tanya abah satu benda.”

“Tanya apa, abah?” soal Taufiq tidak sabar.

“Tentang kamu, lah. Dia tanya sama ada kamu ni dah berpunya belum. Kalau belum dia nak tolong carikan yang sesuai dengan kamu.”

Taufiq terpinga-pinga sebentar. Berpunya? Carikan? Apa yang abah cakap ni? “Tak faham, lah. Maksud mak ngah?”

Soalan itu dibiar dulu tanpa jawapan. Perhatiannya ditumpu pada pemanduan. Selepas berjaya memotong kereta dihadapan, barulah fikirannya kembali mencerna soalan Taufiq. “Senang cerita macam ni, lah. Kalau kamu dah sukakan sesiapa..cepat bagitahu abah. Senang kita nak pinang.”

Taufiq sedikit pun tidak tersentak dengan permintaan Encik Murad. “Abah cakap pasal kahwin ke, ni? Mak ngah nak tolong. Rajin betul.”

“Agaknya dia tak sabar nak tengok anak buah kesayangan dia ni kahwin, lah tu.”

Andaian Encik Murad membuatkan Taufiq tersenyum lebar. “Kelakarlah pula mak ngah ni.”


“Setuju tak? Tapi sebelum kita masuk meminang tu, bawa dia jumpa umi dengan abah. Kita berkenalan dulu. Bila rasa sesuai dan selesa, baru abah hantar cincin.” Taufiq terdiam. Tinggi betul angan-angan abahnya.

“Tapi Taufiq tak pasti dia boleh terima atau tak?” balasnya lambat-lambat.

Encik Murad menoleh ke sebelah. Memandang Taufiq dengan mata yang bulat. “Lailahaillallah. Dah ada yang berkenan ke. Tak nak cerita kat abah pun kan? Sampai hati Taufiq. Merajuklah macam ni.” Sengaja dia menjeling Taufiq. Anak lelakinya itu sudah menahan tawa yang boleh pecah bila-bila masa saja. Sensitif juga hati lelaki abah ni!

“Bukan tak nak cerita..cuma segan. Tapi abah dah lama kenal dia,” berkerut dahi Encik Murad mendengar ayat terakhir yang baru ditutur Taufiq. Seakan faham dengan reaksi Encik Murad, dia segera mencelah.

“Orang tu, Sofea Maisara.” Perbualan mereka tidak terhenti di situ. Sesi soal jawabnya dengan Encik Murad berterusan sehinggalah mereka tiba di R&R untuk berehat dan menunaikan solat tanda kewajipan sebagai hamba ALLAH. Taufiq bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Encik Murad setuju dengan pilihan hatinya. Kalau ada jodoh, in shaa ALLAH dia akan menikahi gadis itu satu hari nanti.

credit to G.I. -google image-

Thursday, April 17, 2014

Semestar 3-2014

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dan Assalamualaikum...

Kisah aku sepanjang melalui liku-liku kehidupan sebagai mahasiswi kolej di International Islamic College, anak syarikat International Islamic University Malaysia. Alhamdulillah setelah bertungkus lumus dan merasakan debaran untuk daftar di kolej itu, akhirnya aku dah rasmi jadi pelajar di situ. Seronok sangat! Tak sangka pula rezeki aku tak ada di Asasi UIA, tapi ALLAH bagi yang lagi baik.

Aku mulakan sem 1 tahun lepas, bulan 6. Sekarang dah masuk pertengahan bulan 4 tahun 2014. Kiranya setahun lebih juga aku menuntut ilmu di Gombak tu. Rindu dekat family? Confirm! Tapi aku dapat kawan-kawan baru yang menggantikan rasa rindu aku dekat family. Bila jumpa dia orang, fuhhh..seronok betul aku rasa. Daripada kawan sekolej, jadi classmates. Bila nak pindah hostel, aku dengan Amiza pilih satu unit dekat hostel baru. Masuk-masuk aje, aku jadi housemates dengan kawan-kawan yang lain. Lepas tu, dari kawan sekolej, jadi classmates, jadi housemates, terus ke roomates. SubhanALLAH.. Teruja sangat masa tu. Apa yang ALLAH rancang memang terbaik. Aku ada 3 sahabat baru. Let's meet them!



aku di kiri sekali. Diyana. Amiza. Alia
Kita orang memang sangat-sangat rapat. Selalu ber-whatsapp. Voice chat walaupun kadang-kadang tak pernah buka. Katanya jimat kuota. Kahkahkah! Hubungan sahabat ni memang terbaik. Pukul 2-3 pagi bukan masa tidur kita orang. Time tu tengah seronok bersembang sambil buat assignment. Pukul 6 dah bangun. Subuh, lepas tu siap-siap pergi kelas. Memang mengantuk. Tapi seronok. Kita orang ni bersembang macam-macam. Bila waktu cuti, kalau tak balik rumah tu, memang duduk kat hostel aje. Dia orang ni banyak movie, jadi Diyana dah buat keputusan untuk beli speaker. Jadi memang bilik tu jadi tempat menonton. Drama dengan movie, aku rasa semua aku dah tengok. Thank you korang!
 
Hidup kita orang dipenuhi dengan hujan dan pelangi. Ada masa, kita orang akan sedih..masa yang lain gembira. Bila ada quiz, boleh tahan lagi nak bergelak tawa bagai..tapi bila exam..muka masing-masing kusut. Dalam bilik tu, kita orang berempat akan sentiasa bagi motivasi dan semangat antara satu sama lain. Mendoakan kejayaan sahabat-sahabat ni, membuatkan kita orang turut rasa tenang dan selesa untuk tempuh semua final exam. Janji ALLAH itu pasti. DIA akan bukakan jalan penyelesaian untuk hamba-hambaNYA yang berdoa-berusaha-bertawakal. Alhamdulillah, setiap semester, kami semua lulus. Niat pertama harus belajar kerana ALLAH. Kemudian berazam untuk gembirakan hati emak dan ayah. Lepas tu, barulah kita dapat berikan kepuasan untuk diri sendiri.

Semestar sebelum ni, aku, miza dengan alia sama kelas sebab kita orang sama course. Diyana pula bakal cikgu, jadi dia ambil course lain. Dua semester aku sama dengan miza dan alia. Tapi sem 3 ni, alia kelas lain. Cuma aku,miza dengan diyana kela sama. Jadi kebarangkalian untuk kami berempat kelas sama untuk semester akan datang, ada lah juga. Mungkin dalam kelas Advance English 2. Dah pakat ni, nak pilih lecturer mana..kekekeke.

So, inilah jadual sem 3 aku. Nampak mcam sikit, but people keep telling us that these two subjects are killing. I repeat okay, killing subjects! Tapi kita orang tak nak jadikan semua tu sebagai halangan atau dinding penghalang, tapi jdikan satu penghadang untuk kita orang panjat dan melepasinya dengan doa, usaha dan tawakal. Keberkatan dan keredhaan ALLAH adalah ketentuan untuk kejayaan kita orang. Restu emak ayah dan lecturer juga menjadi tiket kemenangan.



Cukuplah sampai sini je aku menaip. Penat pula. Pagi-pagi ni aku duduk sorang-sorang depan depan tv. Tak ada cerita best. Sambung kerja aku baliklah. Assalamualaikum. Doakan kejayaan kita orang. by by!