Friday, December 20, 2013

INDAHNYA CINTA ITU JIKA HALAL

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Assalamualaikum


memang bukan mudah untuk aku mengungkap cinta itu
tapi bila aku terpandang akan wajahmu..
hati ini seakan terdetik untuk meluah semua rasa,
dan lidahku kelu kerana aku jadi malu.

sesaat dia datang menghampiri.. aku pantas mengundur diri
resah yang bertandang dihati, tak akan pernah hilang walau sedetik..
bibir yang beku kini menguntum senyum
dan aku rendahkan pandangan dari terus membalas renungan..

debaran kian terasa pabila dia mengucap kata cinta
biarpun tanpa sentuhan dan kucupan.. aku tahu dia jujur,
kerana berpegang pada perintah Yang Maha Kuasa..
batas ini perlu dijaga sebelum aku halal untuknya.

Dengan nama ALLAH, dia melafazkan kabul
untuk memiliki aku yang sudah bertakhta di ruang hatinya
dan kerana ALLAH Maha Cinta... aku menjadi milik sepenuhnya
Syukur Alhamdulillah.. bahagia semakin terasa kerana mendapat redha dari-NYA...


inilah cinta yang aku cari supaya mendapat berkat ILAHI..

Yang benar, 
                  Norsyahirahzaini