Wednesday, November 27, 2013

BILA AKU HALAL UNTUKMU - 2 -

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Assalamualaikum

2

SELEPAS membasahkan tekak dengan segelas jus mangga di pantri, Maisara kembali ke biik kerjanya. Belum sempat tangannya memulas tombol pintu, Encik Murad sudah memanggilnya dari jauh. Tanpa berlengah, dia terus berjumpa dengan Encik Murad yang berada di bilik kerjanya yang terletak di hujung pejabat.

"Duduk dulu, Sara. Saya ada benda nak cakap dengana awak." beritahu Encik Murad seraya tangannya menarik laci meja. Maisara hanya menurut. Sebenarnya dia rasa tidak sedap hati melihat raut wajah Encik Murad yang serius. Dalam hati dia tidak henti berdoa kepada ALLAH, moga-moga tiada benda buruk yang terjadi.



"Untuk awak. Saya nak.." ucap lelaki itu sambil menghulurkan sekeping sampul surat berwarna putih kepada Maisara yang duduk menghadapnya.

"Saya minta maaf kalau saya ada buat salah atau apa aje. Tapi saya sayangkan kerja saya. Saya suka bekerja di sini. Encik pun baik dengan saya. Tolonglah encik," rayunya. 

Tawa Encik Murad bergema disegenap ruang bilik besar itu. Berkerut dahi Maisara melihat reaksi majikannya. 'Apa kena dengan dia, ni? Bukan main seronok nak buang ake kerja. Huh!'

Lelaki itu kembali bersuara apabila tawanya kian reda. Kepalanya digelengkan beberapa kali. "Sara.. Sara. Awak ni suka fikir yang bukan-bukan. Ini mesti kes suka main potong-potong, kan bila orang tengah bercakap?" teka Encik Murad. "Saya pun tak nak kehilangan pekerja sebaik awak ni. You did a very good job as an accountant," sambungnya lagi.

Pujian itu membuatkan Maisara rasa lebih bersalah. Dia beristighfar kerana telah membuat tuduhan yang melulu terhadap majikannya itu. Sampul surat itu diambil perlahan-lahan. "Apa benda dalam ni, encik?"

"Itu tiket percutian awak."

"Hah?!" Maisara terjerit kecil seakan tidak percaya dengan apa yang baru diucapkan oleh Encik Murad. Matanya memandang lelaki tua itu tanpa berkerdip. Rambutnya yang beruban tidak sedikit pun mencacatkan ketampanannya.

Encik Murad tersenyum. "Sepanjang awak bekerja dengan saya, tak pernah sekali pun awak minta cuti. Jadi saya sendiri yang akan bagi awak cuti. Gunakan masa ni dengan sebaik mungkin. Awak ada lebih kurang seminggu lebih tau untuk berseronok."

"Tapi encik, saya.."

"Sudah. Lebih baik awak terima aje pemberian saya ni. Nanti, daripada cuti pendek.. terus jadi cuti panjang." tawanya mula kedengaran. 

Maisara pantas mengangguk. "Iyalah. Saya terima. Thanks boss!" ucap Maisara lalu beredar dari situ. 

'Pandai mengugut pula Encik Murad ni. Baik aku ambil aje. Buatnya dia bagi aku cuti panjang tu, memang menganggur, lah jawabnya..'

=====

USAI solat Isya', telekung dan sejadah dilipat kemudian digantung pada ampai. Kemudian Maisara menarik keluar tiket dari dalam beg tangan yang diletakkan di atas katil. Dia meneliti setiap butiran yang tercatat pada kertas berwarna hijau putih itu.



Nama penuhnya tertera di atas tiket itu, Sofea Maisara binti Fadli. Tarikh penerbangannya dijadualkan berlepas pada hari Isnin minggu hadapan. Dia tidak punya banyak waktu untuk buat persiapan. Semasa dia sedang sibuk menyenaraikan barang-barang yang perlu dibawa, telefon bimbitnya pun berbunyi.

Maisara sempat mengerling sekilas pada skrin telefon. Taufiq! Lambat-lambat jarinya menyentuh skrin 'slide to answer'. Suara lelaki itu terus kedengaran sebaik sahaja iphone itu dilekapkan pada telinga. 

"Assalamualaikum Sara. Am i disturbing you?" 

Salam itu dijawab. "Tak adalah. Kenapa awak telefon saya malam-malam macam ni?" soalnya. 

"Saja. Awak sihat?" Taufiq tersenyum sendirian. Baru beberapa jam dia tidak berjumpa dengan gadis itu, hatinya sudah mula rindu. Adakah Maisara juga merasakan benda yang sama?

"Alhamdulillah. Kenapa? Saya nampak macam sakit, ke?" setahunya di pejabat tadi, dia masih boleh bergelak ketawa dan tersenyum. Wajahnya juga kelihatan begitu bermaya. Tidak ada tanda-tanda yang menampakkan dia kelihatan sakit.

"Tak adalah. Tiba-tiba teringin nak jadi doktor pula malam ni." gurau Taufiq. Pemandangan pada waktu malam menjadi tatapannya yang sedang berdiri di balkoni bilik. 

Maisara ketawa kecil. "Masih buka klinik ke, cik abang oi?!"

"Buka.. 24 hours katanya." serentak itu juga tawa mereka bergema di corong telefon. Taufiq terasa bahagia sekali dapat berbual seperti itu dengan gadis pujaan hatinya. Tapi tiba-tiba, dia teringatkan kata-kata abahnya semasa mereka sedang makan malam tadi. Maisara akan pergi bercuti ke luar negara. Pasti dia akan merindui Maisara.

"Sara.." panggil Taufiq setelah masing-masing mendiamkan diri. Romantis sungguh nada suaranya. Maisara menelan liur. Bulu romanya turut meremang bila namanya disebut seperti itu. Telefonnya dijarakkan sedikit daripada telinga tapi dia masih mampu mendengar suara Taufiq.

"Saya dengar cerita.. awak nak pergi luar negara. Is that true?"

"Hmm.." hanya itu yang keluar dari mulut Maisara.

"Awak nak saya temankan?" tanya Taufiq lagi.

"Tak apalah awak. Saya pergi dengan abang saya. Dia dah minta cuti daripada bos dia." jawabnya. Petang tadi, dia sempat berbincang dengan Arif tentang percutiannya itu. Abangnya itu terus bersetuju dan mengambil cuti selama seminggu untuk menemaninya. Mujurlah Uncle Halim, ayah saudaranya itu memberi keizinan. Katanya risau pula hendak biarkan Maisara ke luar negara seorang diri.

Taufiq meengeluh perlahan. Ada rasa kecewa yang bertandang dalam dirinya. Entah kenapa, perasaan rindunya pada Maisara semakin menggunung. Ingin sahaja dia pergi ke rumah gadis itu dan menghalangnya daripada pergi jauh. Dia juga ingin meluahkan perasaan yang selama ini dipendam. Tapi dia tak punya keberanian untuk melakukan semua itu.

"Kalau macam tu, saya tak kisah. At least, ada orang yang boleh jagakan awak untuk saya.." tawanya sengaja dibuat-buat. Dia berharap agar Maisara dapat menangkap maksud sebenar kata-katanya.

Maisara tersentak. "You don't have to worry, Taufiq. Tak ada siapa yang akan culik pekerja awak ni," kata-kata Maisara itu langsung tidak menyedapkan hati Taufiq. Dia seperti dapat merasakan ada sesuatu yang akan terjadi pada Maisara bila dia tiada bersama nanti.

"Saya bukan apa. Cuma risaukan awak. Itu aje.."

Maisara tersenyum senang. "In shaa ALLAH. Tak ada apa-apa. Awak doakan saya, ya?"

"In shaa ALLAH.." balas Taufiq. Lantas talian terus diputuskan setelah mereka bertukar salam.




'Aku sentiasa doakan kau, Sara. Aku juga berdoa agar kau berjodoh dengan aku sebab hati ini dah mula belajar untuk merindui dan mencintai diri kau..' matanya dipejam rapat sambil tangannya menggenggam telefon bimbit, erat.

=========

SELESAI sahaja membuat passport di Jabatan Imigresen, Wangsa Maju, Maisara terus memandu ke KL Festival City untuk beli barang keperluan yang akan dibawa bercuti bersama. Selepas membeli-belah selama sejam lebih, dia turun ke tempat letak kereta untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan menuju ke sana, dia merasakan seperti ada seseorang yang memerhatikan setiap gerak-gerinya.

Tanpa berlengah, Maisara pantas berpaling kebelakang. Namun tiada kelibat sesiapa di situ. Nafasnya dihela perlahan sambil kepalanya digelengkan beberapa kali. Mungkin itu perasaannya saja. Beg plastik yang dijinjit tadi dimasukkan ke dalam bonet kereta Nissan Almera miliknya. Maisara kemudiannya berlalu untuk masuk ke bahagian pemandu. Perbuatannya terhenti apabila ada tangan yang menolak pintu kereta yang hampir terbuka.

Maisara kaget! Pantas dia menoleh ke arah pemilik tangan itu. Natalia! Perempuan itu sedang merenung tajam ke arahnya bersama senyuman paling sinis. Penampilan Natalia dipandang dari atas ke bawah. Cara pemakaiannya sungguh berbeza daripada apa yang dipakai ketika mereka berada di zaman persekolahan dulu.

Tubuhnya kini sengaja didedahkan dengan pakaian yang singkat. One piece dress longgar paras lutut dipadankan dengan stiletto putih. Rambut panjangnya yang berwarna hitam dibiar lepas mengurai. Wajahnya juga disolek dengan tebal. Ini bukan Natalia yang dia pernah kenal dulu.



"Kau nak apa lagi, Ilya?" soalnya acuh tak acuh.

"Tak sangka kau masih hidup," soalan Maisara tidak diendahkan. "So macam mana dengan hidup kau sekarang? Dah kahwin? Atau... masih tunggu Harith?" pertanyaannya itu lebih kepada sindiran.

Jantung Maisara berdegup kencang apabila nama Harith disebut. Sudah lama dia tidak bertemu dengan lelaki itu. Apakah tujuan sebenarnya membuka topik tentang Harith?

"Alhamdulillah. ALLAH panjangkan umur aku. Aku sekarang hidup bahagia aje, walaupun tanpa Harith," balasnya tenang. Raut wajah Natalia terus berubah bila mendengar jawapan Maisara. Benarkah Maisara telah melupakan Harith?

"Anything else?" tanya Maisara sebelum membuka pintu kereta. Dia ingin pulang ke rumah. Malas rasanya mahu melayan Natalia yang memang sengaja ingin menyakitkan hati. Natalia bertindak pantas dengan menolak bahu Maisara hingga dia tersandar pada kereta.

"Kau jangan main-main dengan aku, Sara! Aku tahu kau masih sayangkan Harith. Sebab tu kau tak kahwin sampai sekarang, kan?!"

"Kau peduli apa kalau aku kahwin ke, tak kahwin ke. Ada aku menyusahkan kau?"

"Memang menyusahkan aku! Selagi kau tak kahwin, selagi tu Harith akan terkejar-kejarkan kau," jawab Natalia. Kulit mukanya mula memerah menahan marah.

"Biarlah dia nak kejar aku ke, apa ke. Yang penting, aku tak pernah cari dia. Selama ni pun, kita orang tak pernah berjumpa lepas kau minta aku putuskan majlis pertunangan tu."

"So?" tanya Natalia dengan memek muka yang menjengkelkan.

"So, apa yang kau tak puas hati lagi dengan aku?! Baik kau cakap sekarang." kali ini Maisara pula yang meninggikan suara.

"Aku memang tak pernah puas hati dengan kau, Sara. Kau dah rampas dia daripada aku. Aku tahu, kau masih sayangkan dia. Betul tak?"

"Kalau aku masih sayangkan dia pun, kenapa? Salah ke?!" bentak Maisara. Dia sudah tidak tahan dengan sikap Natalia yang memang tidak pernah berpuas hati dengannya.

"Ohh! Jadi betullah kau memang ada perasaan dekat dia lagi?" Natalia masih terus mendesak

"Ada," jawab Maisara selamba.

Natalia semakin marah. Laju saja tangannya dihayun untuk menampar pipi Maisara yang licin. Tapi ternyata Maisara lebih pantas. Dia menepis laju tangan Natalia sehingga perempuan itu terdorong kebelakang.

"Ouch! Sakitnya." Natalia mengaduh kesakitan sambil mengusap pergelangan tangannya. "Kurang ajar kau, Sara!"

Maisara menarik nafas dalam. "Kau jangan berani nak sentuh aku ya, Ilya! Cukuplah selama ni aku mengalah dengan kau. Tapi sekarang tak lagi. Aku dah malas nak bergaduh sebab lelaki. Benda ni tak akan pernah selesai kalau kau masih berdendam dengan aku. Let bygone be bygone. Aku tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau orang berdua lagi." tutur Maisara lancar.

"Baguslah kalau kau fikir macam tu sebab aku pun dah menyampah tengok muka kau! Berambus!!" jerit Natalia tanpa mempedulikan mata-mata yang sedang memandang ke arah mereka berdua. Beg tangannya dihentak-hentakkan pada kereta Maisara hingga bercalar. Namun Maisara tidak mengendahkan langsung perbuatan Natalia itu. Baginya, kesan calar pada kereta itu tidak ada apa-apa berbanding dengan rasa sakit hatinya apabila dituduh seperti itu oleh Natalia.

Natalia masih terus memaki hamun dirinya tetapi Maisara hanya pekakkan telinga. Dia terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju meninggalkan Natalia yang sudah terjerit-jerit memarahinya seperti orang gila. Maisara tertawa sinis bersama air mata yang sudah mengalir deras membasahi pipi. Dia tidak pernah menyangka hanya kerana seorang lelaki, boleh ada dendam antara dia dan Natalia. Kerana seorang lelaki juga, dirinya merana apabila dibenci oleh kawan sendiri.

Bukan dia yang minta cinta Harith, tetapi lelaki itu yang beria-ia meluahkan perasaannya selepas memutuskan hubungan dengan Natalia. Adakah ini semua berpunca daripada dirinya sendiri? Argh! Sakit kepalanya memikirkan perkara yang lepas. Dia nekad untuk melupakan semua perkara yang berkaitan dengan Harith dan juga Natalia. Dia ingin mulakan hidup yang baru tanpa ada gangguan daripada mereka berdua.


Thank you for reading this entry. I hope you enjoyed it. Do leave a comment, okay!

5 comments:

  1. terima kasih. in shaa ALLAH. hr sabtu atau ahad ni ye sy update :D

    ReplyDelete
  2. terbaik, mula tertarik untuk follow cerita ini,
    saya dah mula follow awk,
    kalau sudi, jom lah berjalan ke blog saya,
    http:megat92eyrulez.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. terima ksh. in shaa ALLAH, sy akan update dlm masa terdekat ni. ok. i'll follow you back.

    ReplyDelete
  4. Harap ada sambungan..best jugak permulaan pun dah menarik

    ReplyDelete