BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Assalamualaikum
1
Assalamualaikum
1
MAISARA bangun dari bangku dan berjalan mendekati Harith yang berdiri membelakanginya. Dia tahu keputusannya telah mengecewakan hati lelaki itu. Tapi semuanya sudah terjadi dan dia tidak pernah menyesal. Kotak baldu berwarna merah itu dihulurkan kepada Harith.
"Ambillah cincin ni, Harith. I tak perlukan benda ni lagi," ujar Maisara lembut.
Harith hanya diam. Dia tidak menunjukkan sebarang reaksi. Maisara di sebelahnya masih setia menunggu.
"Harith. Janganlah buat macam ni. Tolonglah ambil," bekas cincin itu didekatkan lagi pada Harith.
"You ni dah melampau, lah Sara! Sampai hati you buat macam ni pada ibu I. Dia susah payah datang rumah you untuk bagi cincin ni. Tapi you tolak pinangan dia kan," akhirnya terhambur juga kata-kata itu daripada mulutnya. Sudah lama dia pendamkan.
Maisara beristighfar dalam hati. "Siapa yang salah sekarang? Kita dah bincang tentang benda ni dua hari yang lepas. I dah cakap yang I tak nak teruskan pertunangan kita. You dengar kan semua tu?"
"Yes! Memang I dengar," balas Harith.
"Hah! Habis tu kenapa you tak larang ibu you sebelum datang pinang I? You dah tahu kan yang I tak akan terima cincin ni."
Harith mengeluh berat. Rambutnya ditarik kebelakang. "Sara.. I thought you were joking."
Maisara tersenyum sinis mendengar kata-kata yang baru Harith tuturkan. Kenapa Harith boleh anggap semua ini hanya gurauan? Atau memang tak ada benda lain yang hendak dijadikan bahan jenaka?
"I tak ada masa nak bergurau dengan you. Apatah lagi kalau perkara yang melibatkan hati dan perasaan, masa depan dan maruah kita semua. I'm serious, Harith." ujar Maisara tenang setelah Harith lama membisu. Mungkin dia sedar akan kesilapannya itu.
"Sudahlah, Harith. Benda dah jadi. Kita tak boleh menidakkan," pujuknya. Wajah Harith yang terlindung disebalik kaca mata hitam itu ditenung seketika. "I datang sini pun, sebab nak pulangkan balik cincin ni pada you. I minta maaf sebab dah malukan ibu you pagi tadi. Sebenarnya I tak sangka yang ibu you akan datang meminang I," jelas Maisara lagi. Kepalanya ditundukkan.
Harith tahu Maisara rasa bersalah. Tapi semua ini berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri. Sepatutnya dia yang meminta maaf daripada Maisara. Kerana dialah Maisara terpaksa menanggung malu dihadapan khalayak ramai. Pasti semua orang akan menuding jari pada Maisara. Mereka akan meletakkan kesalahan seratus peratus pada gadis itu.
"Sara. Kalau betul ini keputusan you. I terima," lambat-lambat Harith bersuara. Itupun setelah dia berfikir berpuluh-puluh kali. Telapak tangannya ditadahkan untuk menerima semula cincin emas putih itu.
Maisara memandang mata Harith bagai mencari kepastian. Tak lama kemudian Harith menganggukkan kepala mengiyakan kata-katanya tadi.
"Thanks Harith. I harap lepas ni, kita boleh mulakan hidup baru. Kita ikut haluan masing-masing, ya?"
Harith tersenyum biarpun hatinya merasa sakit untuk melepaskan Maisara pergi. Tapi dia redha akan setiap ketentuan ILAHI kerana ALLAH adalah sebaik-baik perancang. Dia yakin semua yang terjadi ini pasti ada hikmah-NYA.
===========
SEPANJANG pemanduannya pulang ke rumah, kepala Maisara tidak henti diasak dengan ugutan yang diterima daripada Natalia dulu. Seminggu sebelum majlis pertunangan dia dan Harith dilangsungkan, dia ada menerima satu pesanan ringkas yang dihantar menggunakan nombor telefon Harith. Tapi bila dia sampai di tempat yang ditetapkan, Harith tiada di situ.
"Mana Harith?" Maisara tercari-cari kelibat teman lelakinya itu. Natalia hanya berlagak tenang. Tapi raut wajahnya nampak bengis.
"Ilya. Aku tanya kau ni. Harith mana? Dia kata nak jumpa dengan aku petang ni," soalan yang sama diajukan pada Natalia. Pelik juga. Macam mana Natalia boleh muncul didepannya sedangkan Harith yang membuat janji temu dengannya di sini. Dia tahu ini mesti helah Natalia.
"Baik kau berterus terang dengan aku, Ilya. Macam mana kau boleh guna telefon Harith semalam?"
Perempuan itu mengangkat keningnya sebelah. "Heh perempuan! Kau dengar sini baik-baik. Aku tak akan benarkan kau bertunang dengan Harith."
"Apa hak kau nak halang hubungan aku dengan dia. Kau bukannya kekasih dia pun," balas Maisara berani. Tudungnya yang berkibar ditiup angin itu dipegang kejap. Matanya masih tidak lepas memandang Natalia yang mengajuk cara percakapannya itu.
"Memang aku bukan kekasih dia. Tapi aku pernah jadi teman wanita dia."
"Ilya! Kenapa kau ungkit cerita lama. Kau orang dah lama putus. Sekarang kau dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan. Harith dah berjanji nak bertunang dengan aku," tuturnya lagi.
"Cik Sofea Maisara. Buat masa sekarang ni, memang kita orang hanya berkawan. Tapi aku akan pastikan Harith jadi milik aku. Bukan kau!" yakin sungguh bunyinya. "Aku bagi amaran pada kau, Sara. Jangan teruskan majlis pertunangan tu. This is my first and last warning!"
"Kau nak buat apa dekat aku. Nak bunuh aku? Putuskan brek kereta aku? Atau kau nak racun makanan aku? hah?!"
"Aku akan bunuh abang kau!" ugut Natalia seraya jari telunjuknya dihalakan tepat pada wajah Maisara. "Kau jangan main-main dengan aku ya, Sara. Lebih baik kau batalkan majlis tu sebelum nyawa abang kau yang hilang. Mana kau lebih sayang? Harith atau Arif?!"
==========
PERISTIWA hitam itu kembali menerjah ingatannya sebaik melihat deretan cincin yang tersusun di dalam bekas kaca yang ada di depan matanya itu. Ugutan itulah yang membuatkan dia nekad untuk membatalkan majlis pertunangan mereka. Dia rela kehilangan cinta daripada membiarkan nyawa abangnya menjadi taruhan dalam dendam Natalia.
Semuanya sudah lama berlalu. Alhamdulillah. Hampir empat tahun dia tidak berhubung dengan Harith. Entah apa khabarnya sekarang? Sihatkah dia? Maisara tertanya-tanya sendiri.
Suara yang menegurnya dari arah belakang itu membawa dia ke dunia realiti semula. "Teringin ke?"
Maisara segera menoleh ke arah suara itu. Kepalanya digelengkan perlahan. "Saja tengok-tengok. Dah beli ke hadiah tu?" soalnya pada Taufiq. Rakan sekerjanya yang juga merangkap anak majikannya, Encik Murad.
"Alhamdulillah. Terima kasih sebab sudi temankan saya beli benda-benda macam ni," ucap Taufiq seraya menayangkan beg kertas yang berisi set barang kemas dari jenama Tomei itu. Maisara hanya tersenyum. Apa salahnya bantu orang yang memerlukan pertolongan kita. Sebagai perempuan, tidak salah jika dia membantu Taufiq untuk memillih bentuk dan rekaan yang sesuai untuk seorang wanita yang sudah berusia seperti umi Taufiq.
"Nanti awak sampaikan salam saya pada umi awak ya. Jangan lupa, untuk Encik Murad sekali." pesan Maisara. Langkah mereka dihayun menuju ke tempat letak kereta yang berada di aras satu.
"Sara. Kita sekarang ni ada di luar pejabat. Waktu kerja pun dah habis. Awak boleh panggil umi saya dengan panggilan umi. Tapi kenapa awak panggil abah saya dengan nama Encik Murad pula?" soalan Taufiq itu membuatkan Maisara rasa tidak selesa.
"Saya bukan apa Taufiq. Encik Murad tu majikan saya. Lagipun saya dah biasa panggil dia dengan panggilan tu. Tak salah, kan?"
Taufiq mengangguk. "Memang tak salah. Tapi awak buat saya rasa kekok. Bila kita di luar pejabat, awak panggil aje macam biasa. Boleh? Abah saya tak akan marah."
Maisara teragak-agak untuk menjawab soalan itu. Akhirnya dia bersetuju juga dengan cadangan Taufiq apabila perasan wajahnya sedang menjadi tatapan lelaki itu. Pipinya terasa membahang. Malu!
Taufiq tersenyum puas dengan jawapan Maisara.
"Kalau macam tu saya balik dululah Taufiq. Dah petang ni. Takut jalan sesak pula," dia sengaja mencari alasan untuk melarikan diri daripada Taufiq. Pintu keretanya segera dibuka lalu dia memboloskan diri ke bahagian pemandu. Lelaki itu masih setia berdiri disebelah keretanya.
Apabila kaki Maisara mula menekan pedal minyak untuk meninggalkan kawasan letak kereta, Taufiq segera melambaikan tangan pada gadis itu. Bibirnya asyik menguntum senyum biarpun Maisara tidak memandangnya langsung. Dia tahu Maisara masih malu bila dirinya diperhatikan seperti tadi. Dalam hati, dia tidak henti-henti memuji kecomelan dan kecantikan Maisara. Memang gadis itu menarik perhatiannya! Apabila bayang kereta Nissan Almera yang dipandu Maisara hilang dari pandangan, barulah dia pulang ke rumah.
Thank you for reading this entry. I hope you enjoyed it! Do leave a comment, okay?
keep it up dear!!best.
ReplyDeletehehe terima ksh yana! :D
ReplyDeletebest....
ReplyDeleteterima kasih baby mio :-)
ReplyDeleteterima kasih baby mio :-)
ReplyDelete